// fiction !


My girl, My vampire #1
10:54 PM | 0 comments



          Dalam samar-samar gelap di tengah malam, Yuji,seorang pelajar sekolah tinggi Machibana merehatkan diri di sebuah taman berdekatan selepas penat menghadiri kelas tusyen.

          "Haish, apa nak jadi dengan aku ni, malam-malam buta macam ni baru nak balik rumah. Tusyen tamat pukul 8 malam tadi lagi.Hmm." Sambil membaringkan diri di atas daun-daun rumput yang lembap.

          Kotak fikiran penuh dengan tanda tanya yang tiada kesudahan, sambil melihat suasana langit ditemani bintang-bintang, badan diangkat bangun menjauhi taman. Sekali-sekala memandang sekeliling, takut-takut ada penjenayah.

          Sedang asyik melangkah di kawasan gelap dipenuhi dengan pokok-pokok yang terkadang nampak menggerikan . Tiba-tiba mata membulat, jantung mula berdentam kuat. Langkah terhenti, mata tidak dapat beroleh, hanya menumpukan pada satu arah.

          Berambut violet, dress hitam tanpa beralas kaki, berjalan menghampiri sambil memandang aku yang sedang membatu bagaikan mati sementara.

         Gadis putih pink namun sedikit putih mayat tersengih sinih sambil berjalan ala-ala catwalk, membuatkan jantung aku hampir jatuh.

          "Hantu ke orang ni?" Fikiran aku terganggu dengan soalan tersebut.Mana taknya malam-malam buta macam ni ada perempuan comel.  Muka pucat lesi, bibir lesu, mata terbeliak. Aku tergamam.

         Tiba-tiba sahaja, gadis comel tapi menakutkan itu menangis, semakin berdebar aku dibuatnya. Hati aku panik, aku membisu. Tidak ada satu perkataan yang dapat keluar dari mulut aku walaupun banyak perkataan yang terlintas di fikiran aku. Gadis comel yang mula-mula senyum , dan seketika kemudian menangis, meromang jugak aku.Dahlah malam.

         "Erk." Hanya itu yang mampu aku katakan selepas 5 minit berlalu. Pelik. Apa kena dengan perempuan ni. Menangis je tapi tak buat ape-ape pun. Keadaan panik tadi tiba-tiba berubah menjadi tenang. Semakin pelik.

         Disebabkan perempuan tadi tak buat apa-apa hanya mengalirkan air mata depan aku. Lalu, tergerak hati aku nak cuba pujuk dia. Nafas ditarik panjang-panjang . Aku menegur.

        "Cik, ada apa boleh saya tolong?" Fikiran aku kuat menyatakan yang perempuan ni hantu.

        "Atau cik tercedera? Sakit ke? Eh..he.he." Aku takut nak tanya banyak-banyak, manalah tahu jangkaan aku nanti betul.

         "..." Tiada respon.

         Tiba-tiba perempuan tadi berhenti menangis dan membangunkan diri memandang aku. Tepat ke arah muka aku. "Comel betul hantu ni". Hati aku membisik walaupun dalam keadaan cemas.

          "Hish ape aku mengarut ni" . Tengking hati diri sendiri. Hantu pun aku puji. Hmm. Masalah.

         Dengan muka manja, dia memberitahu aku yang dia tersesat dan tiada tempat nak tinggal. Aku jadi serba salah. Perlu ke aku ajak dia ke rumah aku? Aku tak tahu nak buat apa. Kalau dia hantu, habislah aku. Tapi kalau dia manusia, takkan la aku nak tinggalkan dia sorang-sorang dekat sini. Aaarghhh...          
                 
         Keputusan terpaksa dibuat tak kira dia hantu ataupun manusia. Terpaksa akur dengan keputusan aku. Aku bawa dia ke rumah. Apa yang bakal terjadi lepas ni memang aku terserah. Kena makan atau kena apa-apa dengan hantu ni, terpaksalah aku harunginya. Tapi kalau manusia, untung juga kot. Haha.

         "Tadaima". Baru saja aku melangkah kaki terus aku disapa oleh adik perempuan aku yang selalu nak sibuk ambik tahu pasal aku. Semua aku buat semua dia nak tahu. Kadang-kadang aku geram dengan adik perempuan aku , dah macam wartawan.

         "Whaa.! abang bawa balik perempuan la. Comel pula tu . Mak!!" Dengan nada yang sengaja cari pasal dengan aku beserta muka yang memang aku menyampah. Aku malas nak berkata-kata, diam diri sudah cukup.

          Sejurus kemudian, mak aku datang. Aku jadi serba salah, aku tak pernah bawa balik perempuan sebelum ni. "Mak akan marah aku, habislah" . Perkataan yang bermain-main dalam fikiran aku sekarang. Mak aku senyap. Aku semakin cuak.

          "Wah.! Comel betul kamu ya, siapa nama kamu? Jemputlah masuk" .

          "Huh??!!!" Whatt!! Sangkaan aku salah .

Ingatkan mak akan marah aku, gembira pula dia.

-Bersambung-             



Fiction by Aisyah .  Online Users |