// fiction !


Liar [OneShot]
4:27 AM | 0 comments


        "Kita jumpa kat tempat biasa okay?"

        "Okay"

          Aku tertunggu-tunggu kekasih hati aku. Belum muncul lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 4.45 petang.

        "Janji pukul 4 petang, tapi tak sampai-sampai lagi. Hmm" Terdetik di fikiran aku nak cari dia dekat rumah.

         Selangkah demi selangkah aku berjalan dengan harapan dia akan munculkan diri , tapi bayangan dia pun tak kelihatan. Dengan sedikit kecewa, aku gagahkan langkah aku semata-mata nak cari kekasih hati aku. Tak pernah aku jumpa perempuan sebaik dia walaupun aku cuma pelajar baru yang masih baru mengenalinya.

         Sewaktu aku meluahkan perasaan aku pada dia dulu, terpaksa aku tahan malu yang terlampau sebab kawan-kawan aku temankan aku sekali waktu tu. Berdebar hati aku masa tu. Tak terfikir pun yang aku akan diterima jadi boyfriend dia.

         Waktu dia terima aku jadi boyfriend dia, hati aku macam menari-nari. Perempuan cinta pertama aku yang terima aku mestilah aku gembira.

         Tapi ada seorang kawan aku beritahu aku, perempuan yang aku suka tu bukannya baik pun. Berlagak baik je. Disebabkan cinta, aku endah tak endah je apa yang dia cakap. Maybe sebab itu orang kata cinta itu buta. Buktinya memang buta sampaikan nasihat kawan aku supaya jangan percayakan girlfriend aku pun aku tak hirau.

         Sedang aku berjalan mencari kekasih hati aku tadi, kelibat seorang perempuan berambut perang dengan casual outfit sedang melintas jalan. Memang aku kenal sangat perempuan tu. Girlfriend aku.!

        "Mana awak nak pergi?" Getus hati aku lalu aku ekori dia.

        Berhenti di sebuah kafe, aku terkejut. Hati aku luluh bagaikan dilapah-lapah.

       "Patutlah lambat, jumpa lelaki lain rupanya."

       "Sampai hati awak buat saya macam ni."

        Memang hati aku ni lembut. Cepat touching dan mudah dipujuk sebenarnya. Tapi aku terkilan sebab janji nak jumpa aku tapi jumpa orang lain. Apa ni.?!

       Aku tak berani nak tegur dia dengan lelaki tu, bukan sebab aku takut tapi kalau aku cari pasal dengan lelaki tu dekat kafe mesti malu mereka. Bukan mereka sahaja yang malu malah anggapan orang terhadap aku juga akan berubah. Mereka mesti fikir aku budak jahat.

        Kesan tapak kasut aku tinggalkan dan dengan keadaan kecewa aku berjalan pulang.

        "Mungkin abang dia, ataupun kawan dia je kot. Heh." Aku cuba ceriakan diri sendiri.

        Hati aku memang pedih, tapi disebabkan sayang aku yang terlampau pada dia. Aku hiraukan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

        Sekeping roti dan segelas susu sempat aku telan sebelum ke sekolah. Dalam situasi nak cepat aku berlari sekuat hati aku semata-mata nak kejar masa.Mana tak nya aku terlewat bangun pagi tadi.

       Bas yang sememangnya menjadi bas utama aku masih kelihatan di tempat menunggu bas.

       "Fuhh, sempat" Keluh aku lalu melangkah menaiki bas.

       "Last penumpang. Memang pakcik tunggu kamu."

       "Hehe." Aku ketawa kecil. Terus aku ucapkan terima kasih sebagai penghargaan sebab pakcik bas tu tunggu aku walaupun aku lambat. Terasa special sekejap.

       Setibanya aku kat sekolah, kawan aku yang memang sedang menantikan aku terus menegur aku.

       "Lambat kau datang hari ni. Bangun lewat la tu. Takpun kau merayap pergi tempat lain ek?" .

       "Hahaha". Diorang terus gelakkan aku. Aku wat donno je malas nak layan.

        Lepas tu diorang pun pergi tinggalkan aku. Memang tabiat diorang la jemput aku kat pagar sekolah then tinggalkan aku bila dah masuk pagar sekolah.

       Seorang diri aku berjalan menuju ke kelas. Then.......

       "Ouch!!"

       Aku menoleh. Girlfriend aku? Terus aku tolong angkat dia.

       "Bila aku langgar dia? Hmm." Aku langsung tak perasan.

       "Awak okay? Maaf sebab saya tak perasan awak tadi."

       "Saya okay" Membalas sambil mengangguk.

       Tiba-tiba soalan mengenai lelaki semalam terus menerpa di fikiran aku. Serta-merta aku bertanya.

      "Siapa lelaki tu?"

       "Eh?? Apa dia?"

       Tak jelas rupanya, padanlah aku tanya perlahan sangat tadi.

       "Tak, tak, ermm.. Semalam saya tunggu awak kat tempat yang kita dah janji tu, tapi awak tak datang, kenapa?" Lidah aku kelu nak tanya semula soalan tadi.

        "Ah, semalam , maaf sangat-sangat sebab tak datang, semalam tiba-tiba je kepala rasa pening,sakit. Sebab tu tak datang. Maaf ya."

        Aku semakin kecewa dengan jawapan yang aku dengar. Habis semalam tu siapa? Jelmaan awak?!

       "Oh, takpelah macam tu tapi lain kali beritahulah saya sebab awak tak datang.okay?"

       "....Okay."

       Kami berpecah masuk ke kelas masing-masing.

       Kawan baik aku datang tegur aku waktu rehat, dah menjadi rutin kami makan bersama. Normal la kawan rapat kan.

        Tiba-tiba soalan yang diajukan pada aku membuatkan aku terkedu.

        "Kau dah tahu ke perangai girl...friend... kau yg sebenar tu?" Dengan sedikit nada marah, mungkin geram.

         "Apa kau merepek ni? Dia.... baik je." Tak sampai hati aku nak ceritakan pasal semalam.

         "Iyelah tu, baik kau dengar cakap aku ni. Perempuan tu yang kononnya girlfriend kau tu sebenarnya ada ramai boyfriend kau tau tak! Aku ni dah lama sekolah sama dengan dia tu macamlah aku tak kenal perempuan tu!"

         Baiklah, kali ni nada dia bukan marah tapi menengking. Satu kelas pandang dia. Aku yang terpaksa tahan malu.

         "Yelah. Apa-apa jelah" Berat sungguh hati aku nak lepaskan dia. Aku sayangkan dia.

         "Kau ni, degil betul lah. Aku harap kau tak frust menunggeng nanti bila semua terbongkar. Ingat wey ingat"

         Seram sejuk pula aku dibuatnya.

         Aku gelak je.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

         Terngiang-ngiang dalam kepala aku kata-kata kawan aku yang sungguh menusuk hati aku. Bagai ditikam.

         Aku pun cuba menguji girlfriend aku. Aku ajak dia keluar janji temu sama seperti dulu. Aku nak tengok apa yang akan dia lakukan, cuba mengelak atau nak jumpa aku ataupun lelaki lain.

         Plan aku lancar.

         Ternyata memang dia langsung tak datang jumpa aku, bila ditanya pelbagai alasan yang diberi.

         Taktik kedua aku cuba mengajak dia makan bersama selepas tamat sekolah. Ajakan aku ditolak bulat-bulat dengan alasan ada kerja nak dibuat.

         Baiklah, aku masih bersabar.

         " Last one. " Sekali lagi aku uji dia.

         Aku ajak dia keluar, dinner, call dan mesej-mesej dia. Tapi seperti biasa, mengecewakan .

         Lastly, aku ajak kawan baik aku datang rumah dia. Aku tak beritahu dia pun. Sengaja nak buat surprise??!.

         "Dah macam apa nak siasat girlfriend sendiri."

         "Aku tahu, kau memang sengaja cakap macam tu kan. "

         "Haha, rileks, sorry. Kan aku dah beritahu.."

         "Hmm." Aku mengalah.

         Sampai sahaja di hadapan rumah girlfriend aku, terus kawan baik aku tekan loceng. Aku tak ready lagi la.

         Gelak je dia. Geram aku.

         Tombol pintu dipusing dan ditarik, terpampam muka gadis comel depan kami.

         Aku dah nampak reaksi muka dia sebaik sahaja melihat kami. Muka terkejut bercampur cemas macam nak sorokkan sesuatu.

         "err....hai... erm... jap eh"

         "Tak payah kejap-kejap, kitorang masuk dulu ek."

         Pucat betul muka dia. Memang pucat la , boyfriend dia datang rumah secara tiba-tiba sedang dia berduaan dengan lelaki lain dalam rumah.

         Dengan taktik nak larikan diri dari keadaan cemas tadi, ...

         "Ni... abang saya."

         "Abang? Saya tak pernah nampak pun." tanya kawan aku sambil menunding jari ke arah lelaki putih melepak tu.

         Aku hanya diamkan diri.

         "Err, betullah, abang saya..!" Sanggup girlfriend aku menengking kawan baik aku semata-mata nak backup lelaki tadi.

         "Whoa, marah... maafkan saya."

         Lepas tu, lelaki tadi memberi isyarat untuk keluar dari rumah girlfriend aku. Girlfriend aku merelakan, cuak juga dia.

         Aku mengelamun seketika disebabkan scene tadi. Tiba-tiba bunyi mesej dari henset girlfriend aku menyedarkan aku. Entah kenapa tiba-tiba aku mengambil henset tersebut dan membaca mesej yang baru sahaja masuk dalam inbox. Terkedu seketika girlfriendku bila ternampak hensetnya dengan aku.

         Cukuplah bukti yang aku ada sekarang menjelaskan girlfriend aku bukanlah seperti yang aku sangkakan. Mesej yang baru masuk tadi dihantar oleh lelaki putih melepak tadi. Semua terbukti. Aku fedup.

         You're LIAR !!

         "So, kita tak payah nak berbincang atau apa-apa lagi dah. Kau cuma seorang penipu. You such a liar. Tercari-cari alasan semata-mata nak tutup penipuan kau.? Haha.Kelakar. Kenapalah kau tak jujur je dengan aku pasal boyfriend-boyfriend kau yang berlambak tu? ..."

         Tiba-tiba suara aku tersekat. Sebak. Tapi aku tahan juga airmata aku supaya jangan keluar. Aku betul-betul kecewa dan terkilan dengan semua ni. Kawan baik aku tatap aku, mungkin dia tahu apa yang aku rasa sekarang ni.

         "Walaupun aku tahu kau keluar dengan lelaki lain sebelum ni, aku buat-buat tak endah je sebab aku sayangkan kau, ... Aku tahu kenapa kau selalu tolak ajakan aku sebab kau nak jumpa dengan boyfriend-boyfriend kau yang lain tu. Aku tahu aku nampak, Aku cuma bersabar dan tunggu kau berubah, tapi semuanya sia-sia, aku patut tinggalkan kau dulu lagi, takdelah aku jadi kecewa macam ni, tapi disebabkan sayang aku pada kau kuat sangat, aku tak boleh buat semua tu. ..."

Semakin sebak.

        ".... We are over!"

Aku tak boleh nak bertahan lagi dah, terus aku ajak kawan baik aku keluar dari rumah perempuan tu. Aku nampak, ex aku tercegak je kat situ. Terkejut mungkin dengan kata-kata aku membuatkan dia terasa bersalah.

Terus embun mata aku menitis. Aku cuba tahan tapi tak dapat. Aku lelaki sepatutnya hati aku kenalah keras, tapi aku kalah. Sebak semakin sebak.

Aku pandang kawan baik aku dengan wajah sayu.

        "Kalaulah aku dengar cakap kau dulu."

 Menyesal sekarang memang tak berguna dah. hmm.



Fiction by Aisyah .  Online Users |